Pengikut

Live Dari Parlimen

KLIK PADA GAMBAR PILIHAN ANDA UNTUK MEMBACA ARTIKEL

  • KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
  • Baru sahaja mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim telah pun mengakui kepada Haji Hadi dan Kit Siang bahawa beliau pelaku video seks yang tersebar di internet.Namun Anwar Ibrahim menyalahkan Dato Eskay diatas apa yang berlaku.
  • KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kerajaan sedia membantu firma-firma media untuk memberi latihan keselamatan kepada para wartawan dan jurukamera yang membuat liputan ke negara-negara berkonflik.
  • Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri.
  • Gua malu melihat remaja-remaja kita sekarang ni. terutama yang yang berbangsa melayu Islam. Islam pada nama tapi perangai tidak mengambarkan cantiknya,indahnya Islam itu. Apabila sifat malu sudah tiada lagi maka macam-macam la di lakukannya..
  • Alangkah sejuk mata memandang jika pekara sebegini berlaku dari rakyat biasa sehingga ke pucuk pimpinan.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
  • “Ustazah Shamsiah, dibawa balik ke Kedah setelah kak Faiqah berkeras tak mau lagi tinggal di Padang Lumat. Kesian ustazah, beliau terpaksa mengambil 1 minggu MC selepas ditampar dan ditendang….” Klik....
  • Siapa Rafizi Ramli? Apa kisah gelap yang disorokkan oleh beliau? Sejarah Hitam dalam hidup yang beliau tidak dapat lupakan? Mari kita Bongkar....
  • GEORGE TOWN 1 Nov. - Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.
  • PAS dan Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menyelesaikan segala masalah rakyat berkaitan hak milik tanah jika menguasai Putrajaya.
  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.
  • Hahahahahaha..sapa ckap anwar tak sokong 1 Malaysia.. jangan sahabat TENGGARA is SOUTHEAST ingat pok nik sahaja yang sokong 1 Malaysia ni.. Peliwat Negara pun sokong juga.. mari tengok..
  • KUALA LUMPUR 26 Okt. — Lebih 10,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC yang buat julung kalinya diadakan di perkarangan Kuil Batu Caves di sini, hari ini.
  • prestasi syarikat milik kerajaan negeri selangor terus merudum.

Isnin, 14 November 2011

Kerana undi Cina, PAS jadi penakut


Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri. PAS tidak pernah menikus  kerana takut kehilangan undi orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu.Tokoh-tokoh PAS berpegang kepada  dasar “berani kerana benar” maka PAS dilihat menjadi benteng lslam di negara ini.


PAS mengambarkan UMNO sebagai terlalu pragmatic dan liberal hingga terlalu berkompromi dalam hal-hal agama lslam.Kerana itu sejak merdeka, UMNO kehilangan hampir separuh undi Melayu yang berpaling kepada PAS kerana stigma yang ditampalkan PAS hampir 50 tahun itu.Kini apa yang UMNO sudah buat sejak 1946 bukan saja ditiru malah dijadikan asas perjuangan parti itu. Kini PAS cuba menggambarkan parti itu “lebih liberal dari UMNO malah lebih pro bukan Melayu.”

Dulu sejak DS Anwar Ibrahim masih di universiti lagi,  setiap kali ada pihak memperlekeh ugama Allah, budak-budak PAS dan para pelajar ini keluar berdemonstrasi.Masuk keluar lokap dan penjara sudah menjadi sebahagian dari adat dan budaya perjuangan mereka.Hari ini semuanya tinggal sejarah dan PAS bukan lagi “the savior of lslam” di negara ini.

Ooppps . . . .beberapa bulan lalu ada juga yang sanggup masuk lokap kerana berdemonstrasi bersama Bersih 2.0--itu kerana mereka menjadi dalang DAP dan penganjurnya Ambiga.
Setiap kali Israel menyerang rakyat Palestin atau menceroboh bumi Palestin, budak-budak PAS berada dibarisan depan membantah.Turut ditempelak tentu saja Amerika Syarikat yang dilihat boneka Israel dan banyak kali juga kita lihat bendera “paman Sam” itu dipijak dan dibakar.

Kini PAS sudah sedar perbuatan itu merugikan perjuangan mereka kerana orang-orang bukan lslam tidak suka melihat Malaysia anti-Israel dan anti-Amerika syarikat.PAS dan PKR nampaknya membiarkan isu-isu yang merugikan masa depan orang-orang Melayu di negara ini diperjuangkan rakan mereka, DAP.
Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) juga membiarkan isu-isu fitnah serta serangan peribadi dijadikan isu ceramah oleh Dap disetiap tempat.

Pendedahan yang dibuat oleh media massa serta juga media berbahasa Cina mengenai perkara ini bukan saja didiamkan  malah mereka dilihat seperti memberikan sokongan.Pemimpin-pemimpin Melayu dipelbagai peringkat dalam PKR kini macam terperangkap kerana gagal menyekat Dap dari memainkan isu-isu perkauman serta isu-isu yang merugikan perjuangan orang-orang Melayu.

PAS menyedari sejak menjadi  komponen  “haram” dalam PR, ia  lebih merugikan perjuangan parti itu dan menjadi liabiliti kepada umat lslam di Malaysia.Sikap PAS yang berdolak dalih dan menghalalkan perjuangan yang haram itu kerana semata-mata kemarukan  undi cina.Kerana sikap PAS ini maka DAP semakin bermaharajalela mempersendakan pelbagai perkara termasuk hak orang-orang Melayu serta juga hal-hal yang ada kaitan dengan agama lslam.

DAP boleh baca kedudukan PAS kini dan kerana itu DAP tidak takut PAS akan meninggalkan PR. PAS dilihat seperti memberikan DAP lesen besar untuk mendepani orang-orang Melayu dan agama lslam.
Tanpa undi cina, PAS  bukan saja akan kehilangan pengaruh malah harapan untuk mengekalkan kerusi-kerusi sekarang tidak akan tercapai.Media cetak serta portal berita pro PAS menjadikan orang Melayu UMNO sebagai sasaran. DAP bebas buat apa saja kerana “media-media ini” tidak lagi seberani zaman gemilangnya.
Isu terbaru yang membuka pekung tentang perjuangan DAP ialah mengenai kenyataan salah seorang tokoh parti  berhubung pengurangan kakitangan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata jika DAP berkuasa, parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan. Seperti yang diketahui, 90 peratus kakitangan kerajaan adalah berbangsa melayu.
PAS nampaknya menikus untuk berpiket atau berdemonstrasi mengenai isu ini seperti mereka begitu berani menyertai demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari.Mana dia Hadi Awang yang menjuarai hak asasi sedangkan pada masa sama apabila kakitangan kerajaan berdepan isu-isu ini, dia kecut dan hilang keberanian.
Kalau dulu dia sanggup ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa, kini dia nampaknya macam bersetuju dengan DAP.

Di Perak, Pemuda MCA terpaksa  membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP negeri kerana memfitnah tujuh pemimpin MCA dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Selain ucapan tokoh Dap itu yang dibuat semasa meraikan ulang tahun ke45 parti itu di Ipoh pada 13 Oktober lalu tersiar dalam youtube, ia juga diedar melalui DVD.  Laporan polis dibuat di ibupejabat polis Ipoh disertai 20 ahli-ahli parti termasuklah Pengerusi biro pengaduan awam  Datuk Michael Chong.Mereka mahu pihak polis menyiasat tokoh DAP   itu mengikut seksyen 499 Criminal Defamation Act.-Agenda daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...