Pengikut

Live Dari Parlimen

KLIK PADA GAMBAR PILIHAN ANDA UNTUK MEMBACA ARTIKEL

  • KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
  • Baru sahaja mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim telah pun mengakui kepada Haji Hadi dan Kit Siang bahawa beliau pelaku video seks yang tersebar di internet.Namun Anwar Ibrahim menyalahkan Dato Eskay diatas apa yang berlaku.
  • KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kerajaan sedia membantu firma-firma media untuk memberi latihan keselamatan kepada para wartawan dan jurukamera yang membuat liputan ke negara-negara berkonflik.
  • Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri.
  • Gua malu melihat remaja-remaja kita sekarang ni. terutama yang yang berbangsa melayu Islam. Islam pada nama tapi perangai tidak mengambarkan cantiknya,indahnya Islam itu. Apabila sifat malu sudah tiada lagi maka macam-macam la di lakukannya..
  • Alangkah sejuk mata memandang jika pekara sebegini berlaku dari rakyat biasa sehingga ke pucuk pimpinan.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
  • “Ustazah Shamsiah, dibawa balik ke Kedah setelah kak Faiqah berkeras tak mau lagi tinggal di Padang Lumat. Kesian ustazah, beliau terpaksa mengambil 1 minggu MC selepas ditampar dan ditendang….” Klik....
  • Siapa Rafizi Ramli? Apa kisah gelap yang disorokkan oleh beliau? Sejarah Hitam dalam hidup yang beliau tidak dapat lupakan? Mari kita Bongkar....
  • GEORGE TOWN 1 Nov. - Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.
  • PAS dan Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menyelesaikan segala masalah rakyat berkaitan hak milik tanah jika menguasai Putrajaya.
  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.
  • Hahahahahaha..sapa ckap anwar tak sokong 1 Malaysia.. jangan sahabat TENGGARA is SOUTHEAST ingat pok nik sahaja yang sokong 1 Malaysia ni.. Peliwat Negara pun sokong juga.. mari tengok..
  • KUALA LUMPUR 26 Okt. — Lebih 10,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC yang buat julung kalinya diadakan di perkarangan Kuil Batu Caves di sini, hari ini.
  • prestasi syarikat milik kerajaan negeri selangor terus merudum.

Rabu, 16 November 2011

Sikap suka putar belit fakta




KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas, di sini, hari ini.

Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.
"Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.

"Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.Turut hadir pada majlis itu kedua-dua Timbalan Menteri di kementerian itu, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad.

Muhyiddin berkata, pendekatan tipu helah yang diamalkan pembangkang itu tidak akan diikuti kerana kerajaan berkhidmat atas kemampuan sebenar dan bukan sekadar menabur harapan palsu kepada rakyat.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan yang diputarbelit pembangkang kerana ia hanya membawa kepada perpecahan rakyat negara ini.
Sempena sambutan itu, Muhyiddin turut mengiktiraf sumbangan Kemas dalam membangunkan sistem pendidikan negara dan pelbagai aspek penting lain seperti sosial dan ekonomi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, kepakaran dan tahap penyampaian pendidikan Kemas akan terus dipertingkatkan."Kebanyakan guru-guru Kemas pada hari ini terdiri daripada mereka yang berkelulusan diploma jadi kita akan terus tingkatkan lagi ke peringkat ijazah," katanya.-Utusan Malaysia


sama rata
sama rasa
depan belakang
pas halalkan saja

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...